Cara untuk hapuskan anai-anai yang merosakkan rumah anda
Anai-anai adalah serangga yang paling bahaya!!Kenapa bahaya?Dekat Malaysia berapa banyak kes bumbung runtuh disebabkan anai-anai.Anai-anai dalam masa sehari boleh bertelur sebanyak 30 000!!!Bayangkan berapa ribu ekor anai-anai dalam masa satu bulan.Dalam satu minit 20 biji telur dikeluarkan oleh anai-anai.
Anai-anai adalah serangga yang paling berahsia,dalam sedar tak sedar,struktur rumah kita dah kosong dimakan oleh mereka.Waktu tu la baru kita tahu bahawa anai-anai dalam diam menghancurkan rumah kita.
Cara merawat anai-anai ada pelbagai cara,ia melibat kan jenis anai-anai yang terdapat di Malaysia.Antara yang paling popular adalah tebuk dan tanam.Apa itu tebuk dan tanam.
Rawatan Pembetulan (Corrective Treatment)
Rawatan Pembetulan dilakukan sekiranya bangunan telah siap dibina. Pakar akan meletakkan cecair kimia di dalam tanah sekitar perimeter kawasan bangunan. Bagi menjayakan proses ini, pakar perlu menebuk lubang pada lantai bangunan agar cecair dapat dimasukkan pada tanah dibawah bangunan tersebut kerana tanah adalah tempat pembiakan utama anai-anai. Cecair kimia yang dimasukkan pada tanah tersebut akan menghasilkan penghadang (Barrier). Anai-anai yang terkena pada cecair kimia tersebut tidak akan mati serta merta, ia akan terkena virus dari racun tersebut dan membawa virus tersebut pulang ke kubu mereka. Justeru, semua anai-anai yang ada didalam sarang tersebut akan terjebak dengan virus tersebut lalu mati pada jangka masa tertentu.
Kelebihan Rawatan Pembetulan
- Kaedah yang paling berkesan
- 2 tahun jaminan jika dilakukan bersama pengawalan 6 bulan sekali.
- Mewujudkan barrier dari dalam tanah(tempat pembiakan utama anai-anai)